Sunday, January 17, 2010
arghhhhh
xtau macammana nak mula...dah lama aku xupload ni..terus terang aku cakap sekarang ni aku tengah down gile..ibaratnya aku sedang membawa perahu yg usang dan mengayuh tanpa halatuju..dari segala sudut aku merasakan yang aku sedang jatuh dan jauh ditinggalkan..sejak 2-3bulan ini sistem kewangan negaraku dilanda pelbagai masalah sehingga aku tidak dapat lagi untuk mengawalnya..jika dibuat kunci kira2 untuk tahun terdahulu mungkin ianya akan kredit...haha...dan sehingga kini masih lagi aku berhadapan dengan krisis ekonomi yang tidak sama rata itu....tetapi aku terus melayankan perjalanan itu dengan serba kekurangan...dari sudut lain pula, dimana masa hadapan yang cuba kuterangkan seakan gelap dan tidak menampakkan sinar..aku seperti asing dalam mencari sesuatu yang sudah hampir aku temui...jauh.....aku merasakan sangat jauh ditinggalkan oleh rakan sepermainan yang dahulunya turut sama bermain didalam gelanggang yang sama denganku...namun itu semua adalah ketentuan dan aku tidak pernah sesekali menyesalinya walaupun aku seringkali memikirkannya...tanpa mampu untuk berkata apa-apa lagi aku terus meneruskan kayuhanku ini...pelbagai rasa yang bermain dalam jiwaku yang tidak dapat aku zahirkan..apatah lagi segala urat di atas kepalaku ini seakan mahu putus dek kecamuknya pemikiranku tatkala ini...sekali lagi aku merasakan yang aku begitu jauh dari diriku yang sebenarnya..aku tidak lagi seperti aku beberapa tahun yang lalu..mungkin itu adalah disebabkan oleh faktor masa,usia,suasana dan sebagainya...aku cuba untuk kembali ke alam itu namun ianya hanyalah sia2 dan tiada apa yang boleh aku katakan selain aku tidak boleh patah kebelakang...kosong....aku rasakan yang diriku sangat kosong ketika ini...walaupun aku berusaha untuk merasakan diri ini tidak kosong dengan melayari kehidupan dengan mereka yang sentiasa ada walaupun aku tidak pernah merasakan kehadirannya..bukan aku tidak mahu menerima, namun aku sendiri masih tidak dapat melupakannya walaupun aku tahu harapan untuk aku adalah tipis kerana sidia sangat berbahagia disamping sang arjuna yang bertahta dihatinya..lagu yang sepatutnya aku mainkan telahpun aku simpan dalam ingatanku dan berharap akan dimainkan satu hari kelak...aku cuba untuk melarikan perhatianku kepadanya namun tiada lagi yang berjaya untuk melakukan sebegitu kepadaku walaupun aku sendiri...sukar untuk aku terus berpura-pura dalam dunia yang aku cipta kerana takut sesuatu yang pernah berlaku, berlaku kembali...dan kini aku hanya terus melayari perahuku tanpa hala tuju dan mengharapkan ada sebuah bahtera dihadapanku yang sudi mengambilku supaya aku terus dapat belayar dengan lebih jauh lagi dan dapat melupakan segala yang pahit itu kerna aku sebenarnya sudah penat untuk terus mengayuh keseorangan ditengah lautan yang luas..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


1 comments:
chill lah k
semua orang pun mengalami masalah yang sama, cuma situasi nya saja yang berbeza...harap terus kan hidup. pergilah merantau:)
Post a Comment